TEKNOLOGI TENAGA BARU

Pelantar Minyak yang telah dimodifikasi sebagai resort dan pusat penyelaman, kredit: Sabah Seaventures Dive Resort
Tahun 2011 telah melabuhkan tirainya, banyak perisitiwa pahit dan manis telah dilalui, semoga 2012 keamanan dunia semakin terserlah.diamana semua warga dunia bersatu menentang peperangan sebagai satu resolusi dalam mencari perdamaian. Apa yang diharapkan tiada lagi peperanan besar seperti yang telah kita lihat dari tahun tahun yang telah berlalu, yang mana bagi penulis ialah hanya kerana perebutan minyak, yang merupakan sumber tenaga utama dunia.

Pelbagai alasan direka cipta demi memerangi sesebuah negara, sepatutnya tidak berlaku, banyak kaedah penyelesaiaan yang lebih bermakna buat semua pendududuk dunia jika kemananan dan kesejahteraan dijadikan paksi. Kita ketahui ketegangan tetap akan berlaku bila minyak sebagai sumber utamam tenaga dunia akan pupus, semua orang sedari, namun apa yang perlu dilakukan adalah, dunia sepatutnya mengumpulkan pakar pakar untuk memebuat kajian yang lebih ke arah sumber tenaga baru yang lebih jimat dan kos efektif, seperti solar, dan bio daripada kita melaburkan dana untuk melancarkan peperangan.

Sekiranya kita telah bersedia untuk menerima hakikat bahawa sumber tersebut bakal pupus, maka tidak perlu kita risaukan kerana teknologi tenaga baru telah kita sediakan malah ianya nanti bakal lebih selamat dan mesra alam, maka tak perlulah kita semua berebut untuk berperang hanya kerana minyak.

No comments:

Post a Comment