"Green Goo" Bahan Api Mesra Alam

Syarikat minyak telah banyak membuat pelaburan dalam pembiakan alga (rumpai) untuk menghasilkan generasi baru biofuel pada masa akan datang. Setelah bertahun-tahun menjalankan penyelidikan yang teliti dan mendalam, Exxonmobil membuat kesimpulan bahawa alga mempunyai potensi yang tinggi berbanding alternatif lain dari segi keupayaan untuk berkembang serta mampu memenuhi permintaan daripada kilang penapisan  dan stesen minyak yang besar.



Alga "green goo" juga boleh menghasilkan minyak yang jauh lebih banyak bagi setiap ekar berbanding kelapa sawit, tebu atau jagung .Solazyme (terletak di San Francisco) menjalankan pembiakan alga di dalam tangki gelap yang besar dan menggunakan gula sebagai baja untuk membantu pertumbuhan alga tersebut. Sementara itu, Seambiotic (terletak di Israel) membiakkan rumpai laut dengan menyalurkan gas karbon dioksida yang dihasilkan daripada pembakaran arang batu sebagai pemangkin pertumbuhan rumpai laut berkenaan .

No comments:

Post a Comment