INFO TENAGA


  • Unit yang kita guna untuk  menyukat  tenaga ialah joule, J. Anda memerlukan  10 joule tenaga  untuk mengangkat  1 kilogram pek gula dari lantai  dapur  ke meja kerja  setinggi  1 meter. Tenaga  ini mencukupi untuk dibekalkan pada  sebiji mentol lampu elektrik  biasa  selama satu per  sepuluh daripada  satu saat.

  • CHP  (gabungan  haba dan kuasa) - Apabila  stesen  CHP  menjana tenaga  elektrik, haba sisa  digunakan  untuk  memanaskan  bangunan.

  • CSP kuasa suria padu- Stesen CSP  menggunakan  haba daripada  Matahari  untuk menjana  sejumlah  besar tenaga elektrik. 

  • Antrasit, sejenis batu arang berkilat yang sangat keras, mengandungi lebih daripada 90 peratus karbon. Antrasit ditemui lebih 5 kilometer (3batu) di bawah tanah.

  • Batu arang digunakan  untuk menghasilkan  satu per tiga daripada elektrik di dunia. Elektrik  menggunakannya hingga  dua per  tiga daripada keseluruhan  batu arang yang dilombong setiap tahun. Batu arang  yang ada mungkin hanya mencukupi  untuk  300 tahun lagi. Sebalik sahaja  habis, batu arang akan lenyap buat selama-lamanya.

  •  Zaman Karbon bermula sekitar 360 juta tahun dahulu  dan berlanjutan selama 70 juta tahun. Apabila tumbuhan seperti ini mati, ia akan membentuk  batu arang yang dilombong di seluruh dunia pada hari ini.

  • Separuh daripda minyak  dunia  yang diambil daripada  perut bumi pada setiap tahun  digunakan  untuk menggerakkan kapal terbang, kereta dan kenderaan lain. Sebahagian  besar yang lain pula  dibakar  untuk memanaskan  bangunan dan menghasilkan  elektrik. Pada kadar penggunaan minyak di dunia sekarang, mungkin minyak yang ada hanya mencukupi  untuk  tempoh 40 tahun lagi.

  • Setiap minggu, penduduk AS menggunakan minyak  mentah  yang sama  banyak  dengan bilangan penduduknya.

  • Unit uang digunakan  untuk menyukat isi pada minyak  mentah; satu tong bersamaan 1559 liter.

  • Mentol lampu biasa akan mengeluarkan tenaga  cahaya dan haba. Cahaya memang  berguna tetapi  haba  hilang di persekitaran  serta  membazirkan  elektrik. Mentol lampu jimat tenaga yang moden kurang  menghasilkan  haba. Mentol ini juga kurang menggunakan  elektrik untuk menghasilkan  cahaya yang sama  banyak dengan mentol  biasa. Oleh itu, mentol ini menjimatkan bahan api.

  • Mentol lampu jimat tenaga  lebih mahal daripada mentol lampu  biasa tetapi  tahan lebih lama.

  • Relau suria di Perancis menggunakan  9500 buah cermin  untuk menumpukan haba  Matahari  ke atas relau di menara sebelah kanan. Relau ini boleh mencecah  suhu sehingga 3800®c dan menghasilkan sejumlah  megawatt tenaga haba.

  • Biasanya, kincir angin moden memutarkan penjana elektrik  dan mengubah tenaga kinetik menjadi tenaga  elektrik. Kincir angin  selalunya  dibina  berdekatan  satu sama  lain di kawasan  berangin  untuk menjadi sebagai  ladang angin. Keadaan ini menghasilkan bunyi  bising dan menjadikan  pemandangan di desa tidak lagi menarik.

1 comment: