Ramai oang tak suka ya, tarif elektrik naik…pe nak buat Gomen nak mengurangkan kadar subsidi – Impak kemerosoton ekonomi global dulu akhirnya membadai juga. Sumber tenaga untuk menjana janakuasa datangnya dari gas dan arang batu. Dua sumber alam ini telah meningkat harganya dan TNB tak mampu nak kaver ler gitu. Inflasi menghampiri kita, beringat2lah semua dan janganlah nak joli sangat. Aku pun bukan oang yang boleh joli pun sebab selama ni pun memang tak boleh menjoli2. Rumah aku mana ada bil karan di bawah 77 hengget korang tau (bawah 300 kw sebulan). Lebih dari 160 hengget ada dan bermakna bulan depan 7% naik beb. Ingat dulu tahun 1996, tetiba black out terjadi seluruh Semenanjung – makanya IPP pun wujudla dan sampai sekarang IPP pulak jual power pada TNB. Tak cukup power ke TNB ni?….Okey la jangan la pulak kita memarah tak tentu pasal dan dari itu jom la kita sesama jangan main karan lelebih sangat dan aku harap mulai lah kita berjimat seperti perkara di bawah:

Tip Jimat Elektrik 1:

Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ. Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.



Tip Jimat Elektrik 2:

Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode ‘standby’. Jangan malas cabut plug switch.



Tip Jimat Elektrik 3:

Sebaik-baiknya gunakan kipas angin (kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara. Kalau hujan kat luar, jangan pasang – nak geli2 on balik.



Tip Jimat Elektrik 4:

Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya. Macam lampu limpah stadium – tu lagi nahas mencekik karan.



Tip Jimat Elektrik 5:

Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang. Bagitau lah semua ahli keluarga….sape alpa denda soh bayar 50 sen satu lampu.



Tip Jimat Elektrik 6:

Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri. Raya (7 likur) nanti agaknya kuaranglah lampu lip lap lip lap.



Tip Jimat Elektrik 7:

Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan (‘overload’) atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan. Sesekali basuh dgn atngan la pulak..Dedulu emak bapak kita boleh sekang pesal tak boleh.



Tip Jimat Elektrik 8:

Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan. Lepas bukak tutup kuat2 jangan lemah gemalai sangat.



Tip Jimat Elektrik 9:

Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda. Filter aircon pun sama.



Tip Jimat Elektrik 10:

Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya ‘freezer’ peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja. Jangan pulak korang boh running gear ke baju inside….pulak.



Tip Jimat Elektrik 11:

Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais. Kopi 0 kaw panas cap kapal api – kalau tak sempat nak minum kasi abis  jangan pulak terus masuk dalam peti ais ye…tutup letak je atas meja.

No comments:

Post a Comment