SUMBER TENAGA

Sumber tenaga adalah bahan asas yang diperlukan untukmenghasilkan tenaga.sumber tenaga secara amnya boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu sumber tenaga utama, sumber tenaga sekunder, sumber tenaga yang boleh diperbaharui, sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

Sumber Tenaga Utama Yang Tidak Boleh Diperbaharui adalah tenaga yang tidak boleh digunakan lagi. Minyak mentah, arang batu dan gas asli adalah contoh sumber tenaga utama yang tidak boleh diperbaharui. Minyak mentah ataupun petroleum adalah sejenis serbatian hidrokarboncecair yang berwarna gelap dan pekat yang biasanya didapati di bahagian asaskerak bumi. Arang batu adalah pepejal hitam semula jadi dan digunakansebagai bahan bakar secara meluas. Gas Asli adalah sejenis sebatian hidrokarbon dalam bentukgas dan terbentuk di lapisan magma bumi.


Sumber Tenaga Utama Yang Boleh Diperbaharui adalah tenaga yang boleh digunakan semula. Antaranya adalah Solar, Angin, Air Pasang Surut dan Geothermal. Seterusnya adalah Biomass.Ia adalah sisa-sisa hutan (seperti pokok-pokokmati, cawangan dan tunggul pokok), serpihan kayu dan sisa-sisa pepejalperbandaran.Biomass juga merangkumi pertanian dan sisa haiwan.


Sumber Tenaga Sekunder adalah sumber tenaga yang telahberubah bentuk daripada sumber tenaga utama melalui proses penukaran tenaga.Sumber tenaga sekunder juga merujuk kepada pembawa tenaga kerana tenaga adalahdalam bentuk yang boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Penukaran sumber tenaga daripada sumber tenaga utama kepadasumber tenaga sekunder adalah penting untuk pengunaan yang lebih mudah danmemberi manfaat kepada aktiviti-aktiviti pengguna. Contoh tenaga sekunderadalah tenaga elektrik dan bahan bakar hidrogen. Penggunaan bahan bakarhidrogen sebagai sumber tenaga sekunder masih terhad dan penggunaannya dijangkabertambah pada masa hadapan. Sebagai contoh Hidrogen digunakan sebagai bahan bakar dalamroket. Kapal angkasa mengunakan bateri yang berasaskan sel bahan api hidrogenuntuk menjalankan sistem komputer. Tenaga sekunder yang lain adalah tenagaelektrik dan kegunaannya adalah pelbagai, misalnya untuk menjanakan perkakasandan peralatan elektrik seperti penyaman udara, peti sejuk, ruang sertapemanasan air, lampu dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment