Untuk penggerudian yang berkesan, perbezaan tekanan antara ruang dalam lubang dengan tekanan formasi sepatutnya sifar. Jika terdapat perbezaan yang ketara, gas, minyak dan air akan terhambur keluar dari lubang penggerudian tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, ia akan membahayakan nyawa pekerja pelantar minyak selain mencemarkan alam dan menyebabkan peralatan menggerudi yang bernilai jutaan ringgit musnah.
Lumpur gerudi berupaya untuk menstabilkan tekanan pada dua bahagian ini. Satu lagi kemungkinan yang akan berlaku sekiranya kestabilan tekanan ini tidak dititikberatkan ialah dinding lubang yang digali akan runtuh. Dalam proses penggerudian, paip gerudi berserta bitnya diputarkan dengan bantuan motor di permukaan bumi.
Lumpur gerudi ialah pepejal terampai dalam fasa cecair sama ada air atau minyak. Lumpur gerudi akan dipamkan ke dalam lubang penggerudian pada kelajuan yang tinggi melalui nozel yang terdapat pada bit gerudi . Kelebihan utama lumpur asas-air ialah kepekatan pepejal yang tinggi tidak akan mempengaruhi kelikatan lumpur dengan ketara dan lumpur ini juga mempunyai had-terima pencemaran yang tinggi. Formulasi lumpur gerudi yang sesuai amat penting dalam proses penggerudian . Hal ini denikian kerana lumpur gerudi yang dikawal kelikatannya dengan baik akan memudahkan operasi penggerudian.
Untuk pengurusan yang sistematik dan menjamin keberkesanan operasi penggerudian, seorang jurutera ditugaskan untuk mengawal selia kualiti lumpur gerudi yang digunakan. Walau bagaimanapun, lumpur asas- air lebih digemari kerana lebih murah dan lebih mesra alam sekitar.

No comments:
Post a Comment