TENAGA

Tenaga merupakan aspek penting dalam memacu perkembangan ekonomi sesebuah negara. Atas faktor ini, keperluantenaga dunia yang diunjurkan oleh International Energy Agency (IEA) akanmeningkat sebanyak 36% di antara tahun 2008 dan tahun 2035. Keadaan sebeginiakan menjadikan pasaran tenaga global tidak menentu dan semakin kompetitif padamasa hadapan. Walaupun kita amat bertuah kerana negara kita dikurniakan dengansumber-sumber tenaga semula jadi seperti minyak dan gas asli, tetapi kita juga tidak terkecuali daripada berhadapan dengan situasi berkenaan sekiranyasumber-sumber tersebut tidak diuruskan dengan baik. Sumber-sumber semula jadi tersebut dijangkakan semakin menyusut dan peningkatan kebergantungan kepada sumber-sumber tersebut secara berterusan memerlukan kita untuk mengimportnya dari luar negara.
Kebanyakan sumber penjanaan elektrik di negara kita adalah berasaskan kepada sumber-sumber bahan api fosil.Dalam konteks negeri Sabah, penjanaan elektrik pada tahun 2010 mengguna pakai50.1% bahan api gas, 40.5% berasaskan diesel dan medium fuel oil (MFO), 6.5%adalah daripada sumber hidro dan selebihnya adalah dari sumber tenaga boleh baharu. Kebergantungan yang besar kepada bahan api fosil dengan sumbernya diimport akan memberikan satu cabaran kepada jaminan keselamatan tenaga atauenergy security. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu dirangka mulai sekarang dalam memastikan kita dapat menghadapi pasaran tenaga yang semakin kompetitif pada masa hadapan dengan memastikan energy security yang sentiasa berterusan.

Di samping energy security yangmerupakan agenda utama Kerajaan dalam memastikan pembekalan elektrik negarayang mapan, aspek alam sekitar turut diberi penekanan yang serius. Sektor industri dan penjanaan elektrik mewakili sekitar dua pertiga (2/3) daripadaglobal energy-related carbon dioxide (CO2) emission dan memainkan peranan penting dalam menangani isu perubahan iklim ekoran daripada fenomena pemanasanglobal atau global warming. Fenomena ini adalah satu keadaan di mana alamsekitar mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Peningkatan suhu ini kemudiannya boleh menyebabkan berlakunya pelbagai kesanburuk kepada dunia seperti banjir, kemarau, krisis makanan dan sebagainya.

Keprihatinan dan keseriusan Kerajaan dalam membantu menangani fenomena tersebut telah dizahirkan melalui komitmenyang dibuat oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada United Nations Climate ChangeConference 2009 (COP15) di Copenhagen, Denmark. Malaysia komited secarasukarela untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) – emission intensity of GDP sehingga 40% menjelangtahun 2020 berbanding tahap pada tahun 2005. Komitmen tersebut bukan sahajaperlu digalas oleh pihak Kerajaan malah semua pihak seharusnya berganding bahudan bekerjasama untuk mengambil inisiatif-inisiatif tertentu ke arahmerealisasikan komitmen tersebut.

Pelbagai dasar telah digubal oleh Kerajaan dalam memastikan kemapanan sektor pembekalan elektrik negara termasuklah di negeri Sabah. Antara aspek penting yang dititik beratkan adalah kecekapan tenaga atau pun energy efficiency yang mana telah ditekankan sejakpengenalan Dasar Tenaga Negara 1979 lagi. Dasar ini telah menggariskan tiga (3)objektif utama yang mana salah satu daripadanya adalah untuk mempromosikan penggunaan tenaga dengan cekap serta mengelakkan pembaziran dan penggunaan tenaga yang tidak produktif. Objektif dasar ini adalah penting dalam membantu usaha ke arah memastikan sumber-sumber tenaga kita dipelihara dan diuruskandengan baik untuk kemapanan masa hadapan. Secara tidak langsung, ia akan dapatmembantu memastikan jaminan energy security yang berterusan di negara ini sertamenyumbang kepada usaha menangani fenomena pemanasan global.

Dalam hal ini, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan langkah untuk menggalakkan lagipenggunaan tenaga secara cekap sama ada di sektor industri, bangunan, domestikdan sebagainya. Sebagai contoh, insentif fiskal bagi menggalakkan amalankecekapan tenaga telah mula diperkenalkan sejak tahun 2001 lagi dan disemakdari tahun ke tahun bagi memastikan ianya lebih menarik. Di bawah insentiffiskal tersebut, pihak yang membekalkan dan menggunakan perkhidmatan kecekapantenaga serta mematuhi kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan akan dapatmenikmati pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan, Pioneer Status (PS) danInvestment Tax Allowance (ITA). Peluang sebegini seharusnya dimanfaatkan sebaikmungkin oleh semua pihak terutamanya pihak industri kerana ia dapat membantu mengurangkankos operasi. Pengurangan kos operasi sedemikian, kemudiannya akan dapatmeningkatkan lagi daya saing oleh industri terlibat dalam pasaran yang kian kompetitif kini.

Dalam pada itu, pihak Kerajaan melalui Kementerian saya juga sedang dalam peringkat akhir menggubal PelanInduk Kecekapan Tenaga Negara. Pelan induk ini akan menjadi pemangkin kepada penggunaan tenaga dengan cekap di negara ini, dan dijangka akan menghasilkan impak yang lebih besar. Beberapa inisiatif kecekapan tenaga telah dikenal pastidan digariskan di bawah pelan induk ini yang merangkumi sektor industri,bangunan/komersil dan domestik. Sukacita ingin saya maklumkan di sini bahawapelan induk tersebut juga telah dinilai oleh pakar-pakar kecekapan tenagadaripada negara-negara Asia Pacific Economic Cooperation (APEC) dan pandanganyang positif telah diterima daripada mereka. Dengan adanya pelan induk tersebutkelak, saya yakin bahawa pelaksanaan kecekapan tenaga di negara ini akan dapatditingkatkan dan ditambah baik ke arah membantu penggunaan dan pengurusansumber tenaga secara cekap dan mapan setanding dengan negara-negara majuseperti Jepun, Korea Selatan dan sebagainya.

Setiap di antara kita yang ada disini pada hari ini, pasti mempunyai rumah kediaman yang mana dilengkapi denganpelbagai peralatan elektrik. Namun, tidak ramai di antara kita yang menyedari bahawa kos penggunaan elektrik bagi sesuatu peralatan elektrik sepanjang tempohhayatnya biasanya melebihi kos pembelian peralatan tersebut. Hal ini telahmenyebabkan kita untuk menggunakan peralatan elektrik yang tidak cekap tenagaberbanding peralatan elektrik cekap tenaga kerana harganya yang lebih murah.Sedangkan penggunaan peralatan elektrik yang cekap tenaga walaupun harganya lebih mahal tetapi ia lebih menjimatkan sepanjang hayat penggunaannya iaitu untuk jangka panjang dan penjimatannya melebihi kos pembeliannya.

Sebagai contoh, penggunaan lampu kebiasaannya akan menyumbang kepada 10% atau kurang bagi keseluruhan jumlah bilelektrik. Kos ini boleh dikurangkan dengan penggunaan lampu cekap tenaga dan dianggarkan pengguna-pengguna akan dapat menjimatkan sebanyak RM336 jutasetahun dalam penggunaan elektrik negara. Terdapat beberapa jenis lampu cekap tenaga yang boleh diguna pakai, antaranya ialah lampu Compact Flourescent Light(CFL), lampu flourescent tube T5, lampu Light Emitting Diode (LED) dansebagainya. Lampu Compact Flourescent Light (CFL) umpamanya, akan menggunakan hanya 20% tenaga elektrik bagi menghasilkan pencahayaan yang sepadan. Selainitu, jangka hayatnya juga adalah lapan (8) kali lebih lama daripada lampumentol biasa.

Dalam usaha pihak Kerajaan untuk memastikan penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga dengan lebih meluas, Peraturan-Peraturan Pembekalan Elektrik 1994 sedang disemak semula untuk menguatkuasakan penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga di negara ini. Antara aspek pelaksanaan yang dirancang untuk dimulakan adalah, menghentikan penggunaan lampu pijar yangtidak cekap tenaga secara berperingkat-peringkat di negara ini untuk tempoh sehingga Disember 2013. Selain daripada Malaysia, langkah yang sama turut dilaksanakan oleh beberapa negara lain dan pelaksanaannya akan dapat mencegahnegara kita dijadikan sebagai lokasi bagi lambakan lampu pijar kelak. Disamping itu, penggunaan lampu yang lebih cekap tenaga bagi menggantikan lampu pijar juga dijangkakan dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di negaraini sebanyak 1074 giga Watt-jam setahun iaitu bersamaan dengan penjimatan 1%keperluan bekalan elektrik negara. Ia juga akan dapat mengurangkan pelepasangas rumah hijau sebanyak 732,000 tan karbon dioksida setahun.

Selain daripada penggunaan lampu,kecekapan peralatan elektrik lain yang diguna pakai di rumah seperti petisejuk, penyaman udara, televisyen, kipas, mesin basuh, pemanas air dan sebagainya juga boleh membantu kita dalam memperoleh penjimatan dalam bilelektrik bulanan. Pihak Suruhanjaya Tenaga telah membangunkan sistem penarafan atau rating system untuk peralatan elektrik di Malaysia bagi membantu pengguna untuk membuat pemilihan peralatan elektrik yang sesuai di rumah. Di bawahsistem pelabelan ini, sesuatu peralatan elektrik akan diuji berpandukan MinimumEnergy Performance Standard (MEPS) untuk menentukan penggunaan elektriknyasebelum ia dikategorikan sebagai peralatan elektrik bertaraf 1, 2, 3, 4 atau 5bintang. Sehingga kini, empat (4) peralatan elektrik yang biasa digunakan dirumah telah dilabelkan iaitu peti sejuk, penyaman udara, televisyen dan kipas.

Aspek kecekapan tenaga turut didokong dalam National Key Economic Areas (NKEA) melalui Entry Point Project 9 (EPP9) iaitu meningkatkan kecekapan tenaga. Di bawah EPP9 tersebut, strategiuntuk meningkatkan kecekapan tenaga akan dilaksanakan yang antaranya melibatkan pelaksanaan Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency atau dikenalisebagai Program SAVE. Program SAVE ini telah dilancarkan pada 7 Julai2011 dan merupakan satu program khas yang akan diterajui oleh Kementerian sayadengan mensasarkan penjimatan tenaga bagi tempoh jangka masa singkat danpanjang. Pada peringkat awal, program SAVE akan melibatkan pelaksanaaninisiatif new appliances yang memperkenalkan prinsip pemberian rebat kepadapengguna untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5)bintang iaitu peti sejuk dan penghawa dingin bagi sektor domestik sertachillers untuk sektor komersil.

Selain daripada peralihan kepadapenggunaan peralatan elektrik yang cekap tenaga, amalan cekap tenaga jugaseharusnya dipupuk dan dibudayakan di kalangan masyarakat kita. Pengamalan budaya cekap tenaga ini tidak memerlukan perbelanjaan wang malah hanyamemerlukan kesedaran di kalangan kita supaya menghindari pembaziran tenaga.Contohnya, kita seharusnya memadamkan lampu apabila meninggalkan bilik ataurumah atau pun memadamkan lampu di waktu siang hari sekiranya cahaya semulajadi sudah mencukupi. Amalan sebegini kadang-kala dianggap mudah sehinggakan kita tidak mempedulikan kerana beranggapan impaknya yang kecil. Akan tetapi,jika kita semua bersama-sama mengamalkannya, ia akan membuahkan hasil yang amatbesar sekali kepada industri pembekalan elektrik negara. Seperti kata pepatah Melayu, “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”.

No comments:

Post a Comment