TNB RANCANG TENAGA HIDRO SEBAGAI ALTERNATIF

Tenaga Nasional Berhad (TNB) merancang untuk menggunakan tenaga hidro sebagai alternatif bagi mengurangkan pengantungan kepada tenaga gas dan arang batu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohammad Noh berkata, ini kerana kedua-dua tenaga gas dan arang batu itu semakin berkurangan hingga menyebabkan kos perkhidmatan semakin meningkat."
Mengikut anggaran Petronas, negara akan kehabisan sumber gas pada 2015. Oleh itu, kami sedang giat merancang projek baru menggunakan tenaga alternatif. "Bagi mengelakkan sebarang peningkatan kos perkhidmatan, kami merancang menggunakan tenaga hidro bagi menggantikan tenaga gas yang semakin berkurangan," katanya. Menurut beliau, untuk penggunaan tenaga alternatif tersebut, TNB telah memulakan projek hidro berkenaan di empat kawasan iaitu di Hulu Terengganu, Terengganu; Ulu Jelai, Pahang; serta di Lebir dan Nenggiri, Kelantan yang dijangka siap pada 2014. "Apabila projek ini siap, ia dijangka mampu menampung permintaan tenaga elektrik di seluruh semenanjung," jelasnya.

No comments:

Post a Comment