Penggunaan tenaga nuklear telah luas digunakan pada zaman sekarang yang mempunyai permintaan yang tinggi terhadap sumber-sumber tenaga. Minyak asli merupakan sumber tenaga yang paling luas digunakan sekarang tetapi sumbernya yang terhad memaksa manusia ingin mencari sumber alternatif yang lain untuk menggantikannya. Pelbagai sumber tenaga telah ditemui oleh saintis-saintis seperti tenaga air ,tenaga angin ,tenaga ombak dan lain-lain. Sumber tenaga baru yang baru ditemui mungkin tidak dapat menampung penggunaan manusia yang begitu besar. Oleh itu, tenaga nuklear telah menjadi tumpuan saintis sebagai pengganti yang utama. Walaubagaimanapun , pencemaran telah berlaku secara lenyap dalam pembangunan tenaga nuclear ini.
No comments:
Post a Comment