HIDUP TANPA BATERI! BOLEHKAH ?

Hidup tanpa bateri tentu sukar. Masakan tidak, semua peralatan daripada sekecil-kecil jam tangan sehingga ke jam dinding (kecuali yang mekanikal dan automatik), handphone, PDA, laptop dan kamera digital serta kenderaan memerlukan kuasa bateri. Secara perlahan-lahan dan secara tidak sedar, kehidupan seharian kita sebenarnya telah dikuasai oleh bateri. Selain itu, Kita secara sedar atau tidak sentiasa membawa toksik di dalam saku atau beg!
Pada masa hadapan bateri juga juga akan digunakan untuk menyimpan tenaga yang dijana dari dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui iaitu solar dan angin. Dibidang automotif, kenderaan berkuasa elektrik sepenuhnya dan juga hybrid akan memasuki pasaran. Semua itu melibatkan penggunaan bateri dengan skala yang besar.

Kalau sekarang kita risau dan bimbang kesan plastik dan polisterina terhadap alam sekitar. Pada masa hadapan kita pasti akan risau dengan kesan bateri terpakai yang akan merosakkan alam sekitar jika tidak dilupuskan dengan cara yang betul! Secara tegasnya, Aku lebih risaukan ancaman bateri daripada polisterina!

Pada masa hadapan pelbagai alasan dan frasa baharu dalam bahasa juga akan muncul berkaitan dengan bateri contohnya "Maaf, Saya terlambat, kereta/motor Saya kehabisan bateri!". Oh! Pada zaman tersebut penggunaan petrol atau diesel tentu dianggap sebagai sebagai "amalan kuno"! Hidup tanpa bateri! Bolehkah?

No comments:

Post a Comment