TAKRIF TENAGA

Tenaga adalah kebolehan untuk melakukan kerja. Jika kita melihat kembali sejarah, perkara-perkara sepertimengangkat, bergerak, berguling, dan banyak tindakan yang lain telah dilakukan oleh manusia sendiri. Kemudian, api ditemui. Jadi, bahan apipertama adalah sebenarnya berasaskan tumbuhan iaitu ranting, kayu kering, dan lain-lain lagi. Selepas itu, manusia mula meneroka dan mengekstrak kuasaangin dan kuasa hidro melalui kinciruntuk mengisar dan untuk kegunaan lain secara mekanikal. Enjin stim telah ditemui kemudiannya. Arang batu, petroleum,gas asli secara perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada formula penggunaan tenaga. Dengan perkembangan teknologi, banyak kerja yang dilakukan oleh manusia sebelum ini telah digantikan oleh mesin. Penukaran sumber tenagaelektrik telah membantu mempercepatkan mesin memudahkan kerja manusia.
Permintaan tenaga dunia yang semakin meningkat telah meletakkan krisis tenaga sebagai amaran yang boleh berlaku pada bila-bilamasa tidak lama lagi. Ini menyebabkan penggunaan tenaga dengan cekap telah mengambil keutamaan dalam reka bentuk dan pembuatan produk. Kini, hanya melaluicara inovatif dan penyelidikan, kita dapat penyelesaian yang lestari untuk Bumi yang kita ada ini. Tenaga ada disekeliling kita. Kita dapat melihattenaga cahaya daripada matahari, lampu elektrik, televisyen dan skrin computer.Namun begitu, ada banyak jenis tenaga lain yang kita tidak dapat lihat. Tenaga haba yang tidak dapat dilihat dapat memanaskan badan dan memasak makanan kita.

Tenaga kimia yangtersimpan di dalam makanan membantu kita bergerak dan membesar. Tenaga diperlukan untuk menggerakkan kereta dan kapal terbang, serta menghasilkan muzik. Tanpa, tenaga, dunia akan menjadi gelap dan sejuk. Tiada apa yangdapat bergerak dan di mana-mana sahaja keadaan akan menjadi sunyi sepi.

No comments:

Post a Comment