Tip Menjimat Tenaga

Suhu yang diselaraskan pada -18ºC akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 60kWj setiap tahun iaitu bersamaan RM 13

Panduan Operasi dan Penyelenggaraan lampu

Bilik Tidur
• Gunakan lampu malap daripada siling dengan pemalap untuk pencahayaan umum.
• Gunakan lampu sisi katil untuk membaca.
• Gunakan cahaya dari luar. Letakkan meja berhampiran dengan
tingkap.

Ruang Tamu
• Gunakan lampu bercahaya malap bagi memalapkan suasana.
• Pastikan tiada pantulan cahaya di kaca televisyen bagi keselesaan menonton.
• Tutupkan suis lampu jika ia tidak digunakan.

Dapur
• Pastikan kesemua ruang kerja mempunyai pencahayaan yang mencukupi.
• Pasang lampu di atas ruang kerja.
• Pasang lampu di pintu bilik pantri.

Bilik air dan setor
• Pasang lampu di atas cermin.
• Pasang lampu siling bagi bilik air yang besar.
• Pasang lampu berkuasa rendah bagi laluan dan setor.

Kesimpulannya,penggunaan tenaga elektrik pada masa kini menentukan masa hadapan kerana keadaan bumi semakin uzur dan kebanyakkan sumber semula jadi semakin sedikit dan tidak mustahil jika kita tidak cekap menggunakan elektrik, ianya akan habis.Oleh itu, marilah sama-sama kita menjimatkan elektrik.



1 comment: