1) PENARAFAN KECEKAPAN TENAGA PERALATAN ELEKTRIK MENJELANG 2015
Sistem penarafan bintang bagi barangan elektrik rumah akan diperkenalkan bagi menggambarkan tahap kecekapan tenaga peralatan berkenaan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin hari ini.Beliau berkata, sistem itu yang akan memberikan penarafan antara satu dan lima bintang bagi memberikan panduan pengguna untuk memilih peralatan elektrik rumah.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan seminar peringkat negeri mengenai Kecekapan Tenaga di sini, beliau berkata, Suruhanjaya Tenaga pada masa ini sedang membangunkan sistem itu dengan kerjasama SIRIM Berhad yang akan dilaksanakan menjelang 2015."Sistem penarafan akan menjadi satu daripada mekanisme yang digubal di bawah Pelan Induk Kecekapan Tenaga Kebangsaan akan diumumkan sedikit masa lagi,” katanya.
Sistem penarafan mengenai peralatan elektrik terbukti telah dapat meningkatkan kesedaran mengenai penjimatan dan kecekapan tenaga di beberapa negara yang telah melaksanakannya, katanya.Terdahulu, semasa berucap Chin berkata, Suruhanjaya Tenaga setakat ini telah menyenaraikan empat peralatan - peti sejuk, pendingin hawa, televisyen dan kipas elektrik - bagi sistem penarafan dan senarai itu akan dikembangkan meliputi mesin basuh dan pemanas air.
2) TENAGA BOLEH DIBAHARUI
Selaras dengan matlamat Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (OPP3) (2001-2010) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) untuk mengalak dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharu (RE), maka Kerajaan telah merangka beberapa strategi bagi memantap dan membangunkan penggunaan RE sebagai sumber tenaga kelima (5) negara.
Bagi tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), Kerajaan telah menetapkan sasaran penjanaan tenaga elektrik secara gridconnected menggunakan sumber- sumber RE seperti seperti biomass, biogas, mini-hidro, angin, solar dan municipal waste pada kapasiti 350MW iaitu melibatkan 300MW di Semenanjung Malaysia dan 50MW di Sabah.
Kerajaan sentiasa komited untuk mempastikan kejayaan pembangunan RE di Malaysia khususnya melalui pelaksanaan program Pembangunan Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharu (Small Renewable Energy Programme - SREP) yang diperkenalkan pada tahun 2001. Pelbagai usaha dilakukan oleh Kerajaan bertujuan menarik minat pemaju-pemaju projek RE untuk melibatkan diri secara aktif dalam sektor ini seperti penubuhan infrastruktur untuk pembangunan RE, merangka program-program bagi pembangunan industri & pasaran RE dan menyediakan persekitaran yang lebih kondusif.
3) PROGRAM NASIONAL BAGI 'BIOMASS-BASED POWER GENARATION AND COGENERATION IN THE MALAYSIAN PALM OIL INDUSTRY' (BIOGEN)
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi telah menerima kemudahan yang besar daripada 'GEF' bagi membangunkan sebuah projek untuk Program Nasional bagi 'Biomass-based Power Genaration and Cogeneration in the Malaysian Palm Oil Industry' (Biogen). Tujuan utamanya adalah untuk menentukan serta mengatasi segala yang menjadi penghalang dalam usaha negara mengkomersilkan penggunaan sisa buangan biojisim co-generation, termasuklah penjana kuasa 'grid connected' di Malaysia.
4) TENAGA SOLAR
Penggunaan tenaga solar amat terhad di negara kita. Penggunaan solar yang utama adalah sistem pemanasan air bersolar di hotel-hotel, industri kecil makanan dan minuman serta di rumah-rumah golongan kelas pertengahan atas. Adalah dianggarkan tidak kurang daripada 10,000 unit sistem air panas domestik telah dipasang setakat ini.
Satu pertiga daripada jumlah peruntukan kerajaan yang bernilai RM469 juta bagi program-program pengelektrikan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh telah diperuntukkan bagi tujuan pemasangan kuasa solar untuk kegunaan penduduk di kawasan luar bandar mahupun pedalaman.
Sebuah projek yang diberi nama '100kWp Demonstration Photovoltaic Project' telah dilaksanakan atas inisiatif Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dengan Kerajaan Jepun yang diwakili oleh NEDA di Marak, Sabah. Projek ini telahpun siap pada tahun 1995. Projek ini telah menjadi permulaan bagi pemindahan teknologi yang lebih cekap dan berkesan dalam aspek penjanaan kuasa PV.
TNB Research Sdn Bhd sedang menjalankan sebuah projek penyelidikan tentang 'Photovoltaic Grid Connected Roof Solar 3kW'. Ia dibiayai tabung amanah tersebut (RM500,000). Selain itu, terdapat sebuah projek demonstrasi 'Hybrid Diesel Solar PV' oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia yang juga dibiayai tabung amanah tersebut (RM472,000).
5) PUSAT PENDIDIKAN, LATIHAN DAN PENYELIDIKAN TENAGA DIPERBAHARUI DAN KECEKAPAN TENAGA (CETREE)
"Organisasi ini diwujudkan atas kesedaran kerajaan dalam memainkan
peranannya dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peranan
tenaga yang diperbaharui dan kecekapan tenaga kepada golongan
professional, sekolah, institusi pengajian tinggi, sekolah dan juga
terhadap orang awam di Malaysia yang merupakan salah satu teras daripada
dasar Teknologi Hijau Negara"
Penubuhan CETREE merupakan hasil persetujuan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dibawah pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Kementerian ini ditubuhkan atas hasil kesedaran kerajaan dalam menangani isu-isu global semasa seperti pencemaran alam sekitar, pemanasan global, penipisan lapisan ozon dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Fungsi kementerian ini adalah bertanggungjawab dalam merancang dan melaksana dasar dan program teknologi hijau. Disamping itu juga, kementerian ini bertanggungjawab dalam mentabdir, mengawalselia serta menguruskan hal-hal yang berkaitan tenaga, teknologi hijau dan air di Malaysia.
Penubuhan CETREE juga adalah selaras dengan teras strategik dalam Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). CETREE yang bernaung di bawah kementerian ini telah menjalankan tugasnya selaras dengan visi dan misi kementerian tersebut. Organisasi yang berpusat di Universiti Sains Malaysia (USM) ini telah melaksanakan pelbagai aktiviti membabitkan Tenaga Diperbaharui (TD) dan Kecekapan Tenaga (KT) yang disokong oleh polisi kerajaan dan dinyatakan dalam dokumen perancangan rasmi seperti Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Rangka Perspektif. Kedua-dua rancangan ini telah menyatupadukan TD dan KT sebagai elemen yang penting dalam membangunkan Negara. TD merupakan satu elemen yang signifikan dalam keseluruhan sektor tenaga sebagai sumber bahan api kelima Negara. Melalui polisi kerajaan terhadap KT adalah ingin meyatupadukan kecekapan tenaga sebagai unsur utama dalam keseluruhan senario tenaga di Negara ini.
Hasil dari teras yang dimajukan oleh KeTTHA ini dalam menubuhkan agensi teknologi hijau dalam menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan program teknologi yang efektif. CETREE telah memainkan peranannya sebagai saluran dalam menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang teknologi hijau,tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga. Sehingga kini CETREE telah berjaya menempa kejayaan sebagai salah sebuah pusat penyelidikan dan pendidikan TD dan KT disamping memperkenalkan teknologi hijau kepada masyarakat. Selain itu, CETREE juga telah memperkenalkan van dan bas teknologi hijau yang menggunakan sumber-sumber tenaga diperbaharui sebagai ikon CETREE dalam menjalankan kempen kesedaran TD dan KT di seluruh Negara.
6) SMALL RENEWABLE ENERGY POWER PROGRAMME (SREP)
Apakah SREP?
Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memperkasakan pembangunan RE sebagai bahanapi kelima negara, Program Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (SREP) telah dilancarkan pada 11 Mei 2001. Program SREP ini merupakan inisiatif Kementerian Tenaga, Kominikasi dan Multimedia (kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dengan objektif untuk mempromosikan penggunaan meluas sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang terdapat di negara ini, khususnya untuk penjanaan kuasa.Melalui Program ini, janakuasa-janakuasa kecil yang menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui boleh memohon untuk menjual elektrik kepada utiliti melalui Sistem Grid Pengagihan. Penggunaan semua jenis sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui, termasuk biomass, biogas, ‘municipal waste’, solar, mini-hidro dan angin, adalah dibenarkan di bawah Program ini. Bagi menyelaras pelaksanaan projek-projek di bawah Program SREP, sebuah Jawatankuasa Khas Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (SCORE) telah diwujudkan di Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air); di mana Suruhanjaya Tenaga bertindak sebagai Urusetia Program SREP.
Garis Panduan SREP
Dalam meningkatkan pembangunan usaha menyambung loji kecil RE kepada sistem grid, SCORE akan menggunapakai Garispanduan berikut:
- SREP adalah meliputi semua jenis sumber tenaga yang boleh diperbaharui, termasuk biomes, biogas, ‘municipal waste’, solar, mini-hidro dan angin.
- Pengusaha projek dikehendaki berunding terus dengan pihak Utiliti yang berkenaan mengenai ‘Renewable Electricity Purchase Agreement’, termasuk harga jualan di atas dasar ‘willing-seller, willing buyer’, berlandaskan ‘take and pay’.
- Pengeluar elektrik RE akan diberi lesen bagi tempoh 21 tahun, bermula dari tarikh loji memulakan operasi.
- Pengeluar elektrik RE hendaklah menanggung semua kos bagi penyambungan kepada grid, pengukuhan sistem Utiliti yang berkenaan (kabel elektrik, ‘transformer’, ‘switchgears’ dan peralatan keselamatan yang lain) dan pemasangan meter. Sambungan kepada pembahagian grid adalah pada aras voltan diantara 11- 33 kV.
- Lokasi bagi loji janakuasa kecil RE haruslah terletak di dalam lingkungan 10 km dari ‘interconnection point’ yang terdekat. Pengecualian bagi projek janakuasa hidro.
- Tiada sebarang ‘stand-by charges’ yang akan dikenakan. Walaubagaimanapun, jika pengusaha projek memerlukan ‘back energy’, ia akan dikenakan mengikut tarif semasa.
- Keutamaan akan diberikan kepada penjanaan kuasa melalui teknologi ‘co-generation’.
- Kapasiti maksimum bagi loji janakuasa kecil RE yang direkabentuk bagi penjualan kuasa kepada grid adalah 10 MW. Dari segi saiz, sesebuah loji janakuasa boleh melebihi 10 MW, tetapi kapasiti kuasa yang dibenarkan bagi dieksport kepada grid pembahagian tidak boleh melebihi 10 MW.
- Loji janakuasa kecil RE mesti telah sedia bagi penyambungan kepada grid dalam tempoh 12 bulan selepas daripada tarikh mendapat kelulusan bagi penyambungan grid. Ini boleh digunapakai oleh loji yang sedia ada yang ingin disambungkan kepada grid. Walaubagaimanapun, bagi cadangan untuk membina loji janakuasa kecil RE yang baru (atau bagi cadangan untuk ‘re-powering’) di mana memerlukan pemasangan ‘boiler’ atau sistem penjana turbo yang baru, tempoh memulakan operasi hendaklah dalam tempoh masa 24 bulan. Tempoh bagi permulaan operasi akan dikira dari tarikh Renewable Electricity Purchase Agreement (REPA) ditandatangani antara pengusaha dan pihak Utiliti.
- Loji janakuasa kecil RE mestilah menepati segala peraturan alam sekitar yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan menjadi bertanggungjawab pengusaha projek untuk mendapatkan kelulusan yang berkenaan dari JAS, dan sebarang kelulusan lain yang di tetapkan oleh undang-undang.
7) SABAH TERAJUI PENGGUNAAN TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI
Kota Kinabalu Tenaga yang boleh diperbaharui (Renewable Energy) merupakan salah satu sumber tenaga dalam 5 Fuel Policy Kerajaan Malaysia selain daripada minyak diesel, hidro, gas dan arang batu. Mengikut dasar tenaga yang boleh diperbaharui (RE Policy) yang sedang berkuatkuasa ketika ini, sasaran penggunaan RE ialah 5% daripada jumlah kapasiti janaan negara. Di Negeri Sabah, SESB telah menandatangani lima (5) Perjanjian Pembelian Tenaga yang boleh diperbaharui (Renewable Energy Power Purchase Agreement) sejak tahun 2002 lagi dengan lima (5) syarikat Penjana Bebas (IPP) dan kini sedang berbincang dengan 10 buah syarikat lagi untuk membangunkan stesen janakuasa berasaskan RE seperti biomass, biogas , hidro dan geothermal.
Setakat ini sebanyak 32MW telah disalurkan ke Sistem Grid Sabah oleh tiga (3) Syarikat yang menggunakan sumber biomas dan satu (1) syarikat menggunakan hidro. Ini merupakan 2.8% (peratus) daripada kapasiti janaan yang sedia ada di negeri Sabah berbanding dengan hanya 0.5% di peringkat kebangsaan.
Justeru itu, negeri Sabah merupakan peneraju dalam penggunaan RE sebagai sumber janaan untuk sistem pembekalan elektrik di negara ini. SESB telah menggunakan semua tenaga yang dijana daripada stesen janakuasa RE dan ini menunjukkan kesungguhan SESB untuk menyumbang ke arah penggunaan teknologi hijau secara berkesan.Kos pembelian sumber tenaga RE ( Biomass ) melalui Syarikat IPP ini juga telah ditetapkan oleh kerajaan dalam kadar 17 sen ke 21 sen seunit bergantung pada jenis sumber tenaga RE. Kos ini sesuai dengan struktur tarif yang sedia ada kerana purata kos jualan SESB pada ketika ini ialah 25.22 sen berbanding dengan kos pengeluaran pada ketika ini ialah 41.55sen (tanpa subsidi minyak) atau 30.22 sen (dengan subsidi minyak). Ini menunjukkan bahawa terdapat negative margin 5 sen (dengan subsidi) pada setiap unit yang dijual oleh SESB. Tarif elektrik yang berkuatkuasa sekarang ini tidak berubah sejak tahun 1986.
Bagaimanapun berdasarkan situasi pada masa ini, RE tidak boleh dijadikan stesen janakuasa tambatan (base load) terutama sekali di Pantai Timur Sabah kerana kapasitinya yang kecil dan bekalan bahan bakar yang kurang reliable. Walau bagaimanapun, SESB akan terus bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang mengusahakan RE ini bagi menampung permintaan tenaga di negeri ini dan seterusnya menyokong usaha kerajaan untuk mengamalkan teknologi hijau.
9) LAUNGAN HIJAU LANGKAWI